Panel Navigasi

PROFIL AM
· Laman Utama
· Sejarah Sekolah
· Lagu Sekolah
· Artikel
· Muat Turun
· Berita Semasa
· Forum Perbincangan
· Pautan
· Kategori
· Hubungi Kami
· Carian
· Galeri

KURIKULUM
· Jawatankuasa Kurikulum
· Sukatan Pelajaran
KOKURIKULUM
· Jawatankuasa Kokurikulum
HAL EHWAL MURID
· Jawatankuasa HEM
Kenali Pengetua Anda
Pengetua

En. Noor Azmi Bin Mohamad Jan

Pengguna Ditalian
· Pelawat Ditalian: 1

· Ahli Ditalian: 0

· Jumlah Ahli: 40
· Ahli Baru: maxalon
Pautan Pendidikan

Utusan Malaysia
Selamat Datang

SMK Datuk Hj. Admad Badawi, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
Alumni Batch SPM 1990
BeritaKepada semua batch spm 1990, saudara kita nasir (pensyajak terhebat sekolah) yang sekarang bekerja di dewan bahasa pustaka kota kinabalu ingin menganjurkan pertemuan (gathering). oleh itu, kepada semua boleh lah memberi cadangan dan pendapat masing-masing. Semoga pertemuan ini menjadi kenyataan untuk menghimpunkan kembali rakan-rakan yang sudah hampir 19 tahun tidak berjumpa..AMIN.
Dua pelajar cemerlang ingin jadi guru
BeritaJOHOR BAHRU 17 Mei - Dua pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang 2 dekat sini yang menerima Anugerah Tokoh Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Anugerah Pendidikan Khas bercita-cita menjadi guru.

Menurut Nur Nadia Johari, 20 yang mendapat 4A dalam peperiksaan STPM 2008, sejak kecil lagi dia menyimpan hasrat untuk menjadi seorang guru.

"Orang lain mungkin berubah cita-cita seiring peningkatan usia, namun cita-cita saya untuk menjadi guru tidak berubah sehingga kini.

"Mungkin dengan mempunyai cita-cita yang jelas, dapat membantu saya cemerlang dalam pelajaran," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Cemerlang SMK Pasir Gudang 2 semalam.

Selain itu, kata Nur Nadia, dia komited meluangkan masa selama dua jam setiap hari untuk mengulangkaji pelajaran dan sering bertanyakan soalan kepada guru-guru.

Anak sulung daripada enam beradik itu berkata, dia memperoleh A bagi mata pelajaran Sejarah, Pengajian Am, Bahasa Melayu dan Pengajian Islam.

Majlis itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Datuk Abdul Halim Suleiman yang turut menyampaikan anugerah kepada pelajar-pelajar cemerlang.

Bagi Low Zhin Mein, 16, pula, dia mahu menjadi seorang guru kerana ingin membantu pelajar-pelajar daripada golongan orang kurang upaya (OKU) sepertinya.

Anak kedua daripada tiga beradik itu memperoleh 7A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun lalu.

Menurut Zhin Mein, dia mengalami masalah pendengaran sejak dilahirkan, namun keadaannya semakin pulih setelah menjalani pembedahan pada 2002.

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Guru merupakan insan yang mulia kerana mereka melaksanakan tugas mendidik anak watan untuk menjadi insan yang berguna. Tanpa mereka negara tidak akan dapat melahirkan pemimpin-pemimpin yang berwibawa dan berpandangan jauh. Oleh itu, guru memang merupakan insan yang bertanggungjawab membina sebuah negara dan bangsa yang gemilang.
Jika ditelusuri secara mendalam, tanpa guru tidak mungkin seorang perdana menteri berkuasa, tidak mungkin seorang juruterbang mampu menerbangkan kapal terbang. Hal ini semuanya bermula daripada seorang guru. Oleh itu, guru merupakan aset terpenting dalam mendidik anak bangsa.

Selain itu, guru juga perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada para pelajar semasa proses pembelajaran. Oleh itu, para pelajar dapat mengaplikasikan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. Bak kata pepatah, “bagaimana acuan begitulah kuihnya. Hal ini kerana gurulah penyalur ilmu dalam membina negara bangsa.
Konklusinya, guru ibarat lilin yang menerangi alam ini. Tanpa guru tidak akan wujud pemimpin yang berwawasan. Hal ini kerana guru bersungguh-sungguh dalam membina anak bangsa. Disebabkan itu, lahirlah anak-anak bangsa yang berwawasan bagi menggantikan pucuk pimpinan pada masa hadapan. “Bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Maka benarlah guru pembina negara bangsa.

Hari Ini
Waktu Sekarang
Info
Daftarlah sebagai
ahli portal untuk
sama-sama memeriahkan
portal sekolah ini...
Terima kasih

Log Masuk
Nama Pengguna

Kata Laluan



Bukan ahli?
Klik di sini untuk mendaftar.

Lupa kata laluan?
Minta yang baru di sini.
Artikel Terbaru
-Terima Kasih Guru
-Kecemerlangan Diri
-10 petua sikap positif
-Perut punca segala penyakit
-Carian Sekolah
Mesej Ringkas
Anda mesti 'log masuk' untuk hantar mesej..

06/07/2009 18:30
hi. naper potal nie x der logo sekolah dan lambang kementerian pendidikan Smile

28/06/2009 18:51
admin, tolong buka satu forum title Student Batch SPM 1990. tq.

19/05/2009 12:19
Maaf kepada semua ahli. Anda perlu mendaftar semula untuk menjadi ahli.
Anda Pelawat Ke